During the monthly assembly this morning, the Program Guru Penyayang 2012 was officially launched by Puan Hajah Intan Suhana bt Kamarudin, the Director of Kolej Vocational Seri Manjung.
Here is some information about the program taken from the pamphlet for this event.
PROGRAM GURU PENYAYANG 2012
OBJEKTIF
- Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru.
- Menginsafi bahawa kehadiran pelajar merupakan rahmat kepada sekolah.
- Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
- Menghargai sumbangan pelajar, ibu bapa, komuniti/masyarakat kepada sekolah.
PENGENALAN
Pelaksanaan amalan Guru Penyayang adalah bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah di mana seorang guru mesti memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Program Amalan Guru Penyayang adalah di bawah arahan Kementerian Pelajaran Malaysia dan semua sekolah diarahkan melaksanakan program ini.
Amalan Guru Penyayang hendaklah dilaksanakan secara berterusan agar menjadi budaya guru di sekolah. Bagi pelaksanaannya, sekolah hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut:
- Mengalu-alukan kehadiran pelajar.
- Memberi penghargaan kepada pelajar.
- Program Anak Angkat.
Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya, konsep penyayang oleh guru hendaklah dilaksanakan sepanjang masa ada dalam mahu pun di luar kelas.
To view more pictures of Pelancaran Program Guru Penyayang, please click this LINK.
To view more pictures of Pelancaran Program Guru Penyayang, please click this LINK.
No comments:
Post a Comment